Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu
Setiap tahun, seminar-seminar ini dirancang khas untuk pelajar kami. Hal ini bermakna kami merancang apa yang perlu disampaikan kepada pelajar kami, iaitu Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu.
Mengapa Seminar Edubest fokus kepada Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan ?
1. Masa untuk membuat ulang kaji atau latih tubi jauh lebih panjang daripada seminar satu atau dua sesi yang berlangsung untuk dua hingga tiga jam. Tambahan pula, kami mempunyai program ulang kaji yang kami rancang dengan teliti dan sedang berlangsung dengan lancar.
2. Kehendak peperiksaan seperti skema pemarkahan dan pertimbangan dalam pemarkahan tertakluk kepada perubahan Lembaga Peperiksaan dari tahun ke tahun, justeru Edubest sentiasa memastikan pelajar Edubest mendapat informasi terbaharu agar mereka menjawab soalah peperiksaan seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan. Bagi memastikan pelajar kami mendapat informasi terbaharu, penceramah kami hanya dilantik dan dipilih daripada kalangan pendidik yang masih bertugas sebagai guru dan pemeriksa yang berpengalaman sahaja!
Tahun ini, kami membuka pendaftaran kami kepada semua calon peperiksaan (termasuk yang bukan pelajar Edubest) yang berminat atas permintaan ibu bapa dan pelajar kami.
Â