Salah satu pendekatan kami menyediakan pelajar kami untuk peperiksaan adalah dengan membuat analisis soalan-soalan tahun lepas. Dengan ini, kami dapat memfokuskan persediaan pelajar kami. Dengan analisis yang dibuat secara sistematik dan berdasarkan soalan sebenar, pelajar tidak perlu gusar dengan khabar angin bahawa topik ini atau soalan ini akan ditanya dalan peperksaan tahun ini. Pelajar kami dapat membuat pertimbangan yang rasional secara logik.

Pelbagai bahan atau soalan prapeperiksaan atau soalan ramalan diterbitkan dalam pasaran. Namun, setiap penerbit atau penulis masih memunyai pandangan tersendiri. Oleh itu, kami percaya soalan percubaan setiap negeri merupakan sumber rujukan yang paling boleh dipercayai. Hal ini adalah kerana :

1. Setiap negeri mempunyai  berpuluh-puluh buah sekolah. Jadi, keputusan peringkat negeri mendapat persetujuan sama ada guru- guru BM atau ketua panitia dalam negeri itu atau Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Soalan-soalan digubal oleh guru berpengalaman yang masih bertugas di sekolah kerajaan. Ada antara mereka ialah pemeriksa kertas peperiksaan peringkat UPSR, PT3 atau SPM.

Kami di Edubest telah membuat perbincangan untuk semua soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain sebagai persiapan terakhir pelajar kami. Berdasarkan pengalaman kami, pendekatan ini mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Karangan Percubaan SPM Ngeri Lain 2014 - Dimensi diri - Contoh

Soalan Dimensi Diri BM Percubaan SPM Negeri Lain 2014